PENJAGAAN AROWANA

 PERMULAAN MEMELIHARA IKAN

Hai...
Assalamualaikaum dan selamat sejahtera kawan-kawan semua,kalau dah baca coretan ni pasti hobi sama kannn???
Disini saya saja nak berkongsi cara penjagaan ikan arowana atau ikan kelisa,yang sememangnya bagi saya tercantik dan sangat berharga.

Ok Untuk permulaan..pastikan anda sudah bersedia untuk memulakan hobi membela ikan arowana!
Apakah anda ada masa untuk memberi perhatian pada hobi ini?begitu juga dengan kos@wang ringgit,tiada hobi yang murah...tetapi kita boleh minimakan dengan kesederhanaan.
Tetapkan jenis,saiz akuarium dan dimana hendak di letakan..kemudian fikirkan jenis ikan...bukan mengikut saranan penjual atau kawan-kawan!
Jika anda meminati MG berwarna emas,kenapa mahu mengikut saranan orang lain yang suruh membela arowana merah?
Tetapi untuk permulaan bolehlah mencuba dengan ikan yang murah-murah seperti banjar red dan highback yang boleh didapati sekitar harga rm200-250.
Sekadar untuk mempelajari teknik-teknik,skala pemakanan,penjagaan air dan sifat-sifat ikan.
Belajar dari pengalaman adalah lebih baik dari mendengar pengalaman orang lain kerana pengalaman tidak mungkin sama,mendengar tips dari orang lain memang lebih baik,tetapi jika kita sendiri yang mengalami rasanya lebih baik!


Paling utama jauhkan presepsi berkenaan risiko kematian ikan! Ada yg tidak mahu memelihara ikan yang mahal-mahal di kuatiri mati...
Sebenarnya cara dan pengetahuan kita sendiri memainkan peranan didalam situasi ini!
Cuba lihat kedai-kedai yang menjual arowana...tiada masalahkan??banyak ikan di showroom semua sihat-sihat belaka..
Memelihara arowana sebenarnya mudah.hanya memerlukan sedikit pengetahuan dan kesabaran sudah memadai.jangan mengatakan tidak dan suka bertindak tidak mengikut saranan.

Contohnya meletakan perhiasan didalam akuarium bersama arowana,penggunaan ubat-ubatan tidak mengikut dos dan tiada pengetahuan berkaitan ubat tersebut!
Kebanyakan penghobi baru akan teruja dan suka mengusik itu dan ini!menambah itu dan ini...
Ini adalah salah satu gangguan terhadap ketenteraman ikan!.arowana adalah sejenis ikan yang pemalu dan tidak suka diganggu,kekerapan mencelupkan tangan kedalam air adalah sangat tidak digalakkan..kecuali ketika sesi penukaran air dan keperluan seperti mencuci kaca akuarium..
Untuk aro bersaiz 3-5inch sedikit rumit untuk dijaga disebabkan daya tahan sedikit lemah..al-maklumlah budak-budak lagi.ikan bersaiz kecil perlu sedikit penjagaan rapi seperti pemantauan ph air dan suhu yg betul.
Air juga kalau boleh biarkan tenang tidak berkocak-kocak dan tiada arus,kerana ikan akan pening dan kepenatan ini adalah punca kematian anak-anak ikanSistem penapisan seperti biasa,pencahayaan juga biasa..mudah kan?jika kita ketahui cara-cara yang betul..sama macam kita memandu jika kita tahu memandu semuanya mudah jika tidak mesti rumitkan??!
Kebanyakan otai-otai akan meletakan air hanya 30% atau suku dari keseluruhan kapasiti akuarium,tetapi saya tidak berbuat begitu(cara saya sendiri) anak aro yang bersaiz 4inch dan keatas biasanya saya letakan air penuh..tetapi tidak banyak tekanan seperti yang saya terangkan sebelum ini.
Teruskan membaca ya...semoga berjaya..

Pemulaan anda perlu megadakan :
-akuarium minima 3 x 1.5 x 1.5
-pump sedikit berkuasa(tak kira jenama)
-anti klorin
-aro tension gon (sejenis ubat juga selaku anti klorin)
-bekas penapis (top filter)
-sticker yang bersesuaian 
-lampu yang bersesuaian

Kenapa minima akuarium adalah 3 x 1.5?
Ini disebabkan arowana cepat membesar  dan kesesuaian untuk menampung saiz ikan..juka anda bermula dengan saiz akuarium 2 x 1 x 1 atau 2.5 x 1 x 1...anda perlu menukar akuarium apabila saiz ikan mencecah saiz 10inch!
Kerana pada saiz itu,ikan sudah tidak selesa dengan ruang dan menyebabkan tekanan(tension) dan akan menyebabkan pelbagai masalah seperti ikan melompat,sukar bergerak,tidak mahu makan dan mencederakan diri.
Arowana bersikap kewilayahan dan jika anda menukar dari tank ke tank yang lain akan membuatkan ikan terlalu agerasif!..perubahan sikap dana suka melompat.
Ini akan menggangu emosi dan pertumbuhan ikan.

penjagaan ikan arowana sebenarnya adalah mudah seperti membela ikan hiasan lain juga! cuma kadang-kadang kita bermain dengan emosi,kerana ikan mahal.
bagi saya,vitamin dan apa sahaja makanan tambahan termasuklah ubat-ubatan ,penggunaanya hanya 15%.
kenapa???jika ikan sakit sahaja perlukan ubat...jika tidak sakit xperlulah ubat.
begitu juga dengan vitamin tambahan yg saya rasakan kurang keperluanya pada ikan.
saya berikan contoh..heater(pemanas air) jika ditanya pada penjual,mesti mereka katakan perlu..sedangkan ianya hana digunakan jika ikan sakit,so apa keperluan?
untuk suhu yang sesuai,saya biasa meletakan suhu pada 30-32c...
jika lampu dinyalakan selama 8jam suhu air boleh mencecah 32c...dan diwaktu malam suhu akan mula menurun ke 30c!
kerana dihabitat sebenar,suhu air akan berubah-ubah.macam kita kalau siang panas kita ok je kan???tapi kalau malam panas??
begitulah ikan...kalau boleh bercakap dia dah cakap dah...blurp...blurppp...
berbalik kepada vitamin...jika nak sangat beri makanan tambahan boleh,tapi jumlah yang sedikit..ini atas sebab ikan bukan mcm haiwan didarat,yang menyedut udara...jika beri ubat ia akan bercampur dengan air,untuk masa yang lama...ada jenis ikan yang tak tahan dengan asid atau ubat-ubatan.
cukuplah dengan memberi makanan yang pelbagai seperti lipas,cengkerik,ulat gandum,lipan dan bermaca-macam lagi!
jika lihat dikedai2 ikan hiasan,pengunaan ubat-ubatan dan makana tambahan sangat kurang...tapi ikan sihat dan cantik juga??kita datang tengok...kemudian beli...hehehehehe cantik la tu.
ini hanya pandangan peribadi saya dan pengalaman saya sendiri...tapi itulah,memang saya tidak gunakan sebarang ubat atau makanan tambahan!
cukup sekadar gunakan tension gon,setiap kali menukar air akuarium.

PENJAGAAN DAN PENGURUSAN AIR
penjagaan air sebenarnya mudah,tidak lah serumit yang dicerita oleh kawan-kawan.
ph yang paling sesuai ialah 7(alkali)..dengan suhu 32c!
sebenarnya ph air akan berlegar sekitar ph yang sama...tidak mungkin berubah dalam masa singkat,kalau naik sedikit pun mungkin disebabkan oleh sisi buangan(najis) ikan dan air yang lama tidak ditukar.tetapi ph ini jarang dititik berat pada aro dewasa kerana ikan sudah kuat dan berdaya tahan,kecuali pada anak-anak bersaiz 3-6inch..
jika anda membeli arowana bersaiz 3-5inch pastikan paras air hanya 3-4kali ganda ikan...ini kerana anak-anak ikan masih lemah,belum cukup kuat untuk berada didalam air yang tinggi dan risiko kematian adalah 40-50%.(tetapi saya akan memenuhkan air 100% seperti penerangan saya sebelum ini).
sukatan pengunaan anti klorin berbeza mengikut jenama dan jenis so ikut arahan yang diberikan.
cara menjaga air untuk anak-anak arowana mudah,hanya tukarkan setiap hari lebih kurang 5-6gayung air(kalau rajin)
jika tidak 5% setiap 3-4hari...10% setiap 7hari itu sahaja.

bagi ikan dewasa pula,air perlu ditukar setiap 4hari iaitu 15-20% sahaja(jika rajin)..atau 30% seminggu sekali...jika tiada masa boleh 2minggu hingga ke sebulan..tetapi perlu mencuci filter!
ikan akan sedikit kurang selesa jika air tidak diganti.
penggunaan filter/penapis air adalah sangat penting,gunakan pump yang sesuai dengan keluasan akuarium sepaya air boleh ditapis sebaik mungkin.
filter jenis spump dan eternal adalah yang terbaik,top filter juga boleh tetapi perlu selalu dicuci...itu sahaja.


PEMAKANAN dan IKAN KETAKUTAN?
beri ikan makan 2-3x sehari..dan jangan berlebihan.
Untuk yg bersaiz kecil beri makanan sekadar sahaja,jgn banyak sangat kerana perut anak aro masih lembut dan belum matang maka berhati-hati demi keselesaan dan mengurangkan risiko penyakit!
biasakan membuang makanan yang ditinggalkan ikan,ini akan mengundang ulat putih...dan membuat ikan sedikit tidak selesa...jika arowana anda makan pallet pastikan pallet dibuang setelah 5min didalam air.
banyak keburukan yang akan timbul.

anak-anak arowana jangan diberi makan cengkerik,kerana kaki cengkerik tajam dan boleh merosakan organ dalaman arowana,cengkerik juga agak sukar untuk ditelan!
sebaiknya berikan cacing beku(cacing merah) pastikan basuh dahulu atau ulat gandum.
Diet ikan juga mesti ditukar ganti bagi memberi zat-zat seimbang pada arowana anda.
Contohnya berikan cengkerik pada minggu ini...minggu depan tukarkan pada ulat gandum.
Makanan yg disyorkan ialah:

-cengkerik
-ulat gandum
-lipas
-pallet
-udang putih(sejuk beku)
-blood worm(cacing beku)
-lipan

Tetapi pastikan semua makanan itu dibeli dari kedai bukan ditanggkap sekitar rumah kerana dikuatiri sudah terkena racun,al maklumlah racun bukan datang dari racun serangga sahaja,mungkin dari racun rumpai atau pun minyak dari longkang atau dari kerendaan kita sendiri..so dari kita kerugian lebih baik beli je dari kedai.
selain itu kurangkan memasukan tangan kedalam air,dan jangan selalu mengubah perhiasan didalam akuarium!
arowana sangat sensetif dan jika tertekan(stress) akan membuatkan warnanya sedikit pucat,melompat,bergerak tidak tenang,takut dan adakalanya menyorok!
cukup sekadar pasir(tidak digalakan) tidak perlu sebarang hiasan,kerana ikan arowana selalu mencederakan diri kerana sifat berwilayah dan ingin tahu!
paling sedih ada ikan yang mati jika stress atau terkejut (selalunya berlaku pada saiz 6inch dan kebawah)
so rajin-rajin berdiri depan akuarium tu,,,supaya ikan biasa dan kenal tuan.
ikan arowana mengenali tuan...tak percaya tanya kawan-kawan yang lama membela arowana.

CACING PUTIH?
cacing ini hadir jika filter tidak dicuci dengan baik!
Cacing ini tidak membawa penyakit tetapi sedikit menganggu keselesaan ikan.
Cacing ini sangat cepat membiak.
Berpunca dari najis ikan dan makanan yang tidak dibuang sekian lama..menggundang cacing ini.

Cara membunuh cacing ini..buangkan dan tukar 50%air,tukar span filter dan masukan segenggam garam akuarium kedalam air(pastikan garam yg d beli dikedai ikan bukan garam masak).
Biasanya setelah mengikut langkah-langkah diatas cacing putih akan berkurangan dan perlahan-lahan mati.
Mengatasi lebih baik dari mengubati jadi pastikan sisa buangan dan makanan sentiasa dibersihkan.



KENAPA IKAN MATI SELEPAS TUKAR AIR?
persoalan yg biasa kita dengar.
Sebenarnya secara tidak sedar kita membuat sedikit kesilapan..contohnya selesai membuang air dari dalam akuarium kita akan terus memasukan air paip secara  terus!ini yang menyebabkan klorin lambat dinyahkan dari dalam air yang baru dimasukan..selalunya kita akan alirkan air masuk secepat yang mungkin.betulkan?
Ini adalah punca ikan terkejut dan kesukaran bernafas disebabkan klorin belum betul-betul dinyahkan dari air..lebih buruk lagi jika ikan sedang kekenyangan..tindak balas air akan meninggikan tahap ammonia didalam air dan menyebabkan ikan lemas.
Untuk mengesan amonia lihat pada buih-buih(bubble) di atas permukaan air,kelihatan sedikit likat!air juga kelihatan tidak nutral...seperti sedikit likat!
Tidak digalakkan menukar air 3jam selepas memberi ikan makan!

 Cara yang betul untuk menukar air akuarium ialah:

1- pastikan main pump(filter) dimatikan.
2- pastikan semua lampu dimatikan utk mengelakan renjatan eletrik.
3- buangkan maximum 60% air.
4- pastikan air bubble (air pump) sentiasa dinyalakan untuk membekalkan oksigen pada ikan .
5- bancuh anti clorin dengan air didalam baldi bersih.
     (Sebaik-baiknya dibancuh sebelum air dikeluarkan dari akuarium).
6- biarkan anti clorin sebati dengan air sekurang-kurangnya 15min(jika di bubblekan lebih baik)
7- masukan air paip secara perlahan(jangan tergesa-gesa @ terlalu cepat)
8- masukan bancuhan anti klorin menggunakan gayung sedikit demi sedikit mengikut level air yang bertambah
9- jangan beri ikan makan atau ganggu ikan 2jam selepas selesai semua proses diatas.
10- perhatikan warna dan sikap ikan anda selepas menukar air,kerana pemantauan awal boleh menyelamatkan nyawa ikan anda!


PENCAHAYAAN
pencahayaan??terpulang pada anda...mengikut kemampuan,dan pastikan menggunakan aqua produk untuk mengelak terkena renjatan atau litar pintas...
ikut kesesuai jenis ikan anda,dan pastikan anda suka dengan pencahayaan yang anda tetapkan,jangan ikut citarasa orang lain.
kecuali tanning!
ingat mata ikan jatuh adalah disebabkan cahaya terlalu terang yang berterusan!

KENAPA AIR MENJADI HIJAU?

Air menjadi hijau adalah disebabkan alga...biasanya jika diaju pada tauke kedai ikan mereka akan menjawab "jangan kena cahaya matahari"
Memang betul tapi tak tepat..sebenarnya alga itu berpunca dari suhu air yg tinggi,mana datangnya suhu itu??
Ianya datang dari haba lampu anda,lampu yang dinyalakan melebihi 8jam biasanya mengundang masalah ini.
Cara mengatasinya ialah pasangkan pengesan haba,jika didapati suhu air tinggi padamkan lampu akuarium.
Pastikan anda menggunakan air pump,ia boleh mengeluarkan haba dari dalam air dan dilepaskan keudara!
Jika masih berlaku,pastikan pengudaraan didalam penutup akuarium berjalan lancar,buatkan sedikit lubang supaya udara panas boleh keluar.

so rasanya itu sahaja...yang saya rasakan penting.selebihnya jika ada kemuskilan boleh hubungi saya melalui whatasapp di 012 9161277 sekadar berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan.
jadi orang yang bertanggungjawab,sediakan makanan secukupnya...keluasan akiarium...penjagaan air dan paling penting temani ikan anda...hahahahahah jangan biarkan ia kesepian...
jika kita sayang pada dia dia juga sayang pada kita...dan mungkin berdoa untuk kita(siapa tahu kan?)

SETIPA BUTIRAN DIATAS ADALAH PENDAPAT SAYA SENDIRI,MUNGKIN BERKESAN DAN MUNGKIN TIDAK!SETIAP YANG DICORETKAN ADALAH MENGIKUT PENGALAMAN SENDIRI,JIKA DIRASAKAN SESUAI BOLEHLAH DIGUNA PAKAI DAN KAMI TIDAK BERTANGGUNG JAWAB UNTUK SEMUA KEPUTUSAN YANG ANDA TERIMA SAMA ADA BAIK ATAU PUN TIDAK BAIK!

                 BY :

-WAN AROWANA PRIMA-