TERMA DAN SYARAT

PENGENALAN :

A.P AROWANA PRIMA menjual pelbagai jenis ikan arowana berkualiti,BETTA FISH (ikan laga) dan segala kelengkapan berkenaan akuarium seperti UV LIGHT,MAKANAN IKAN,UBAT,PUMP,AKUARIUM SET,LAMPU ,SPUMP,FILTER,TANNING LIGHT,AKUARIUM DECO@SET UP, PEMASANGAN STICKER dan bermacam-macam lagi peralatan berkenaan..


kebanyakan arowana yang dijual diambil dari kolam-kolam terbaik di bukit merah, perak dan ada yang didatangkan terus dari indonesia seperti banjar red !
Sesetengah  mgbb,highback dan chili red pula diambil terus dari kolam sekitar bukit merah dan kami akan maklumkan pada iklan kami jika ikan itu diambil dari kolam berkenaan dan kualiti ikan dijamin!

Sijil dan microchip akan di berikan atas permintaan sahaja..kerana size ikan dibawah 6inch tidak sesuai ditagging@di masukan micro chip.
selain jualan kepada peminat-peminat arowana, kami juga menjual kepada peniaga-peniaga ikan hiasan sekitar kajang,peniaga-peniaga online!
belian secara banyak sangatlah dialu-alukan dengan harga mengikut kuantiti belian.
hubungi kami untuk urus niaga.




 TERMA DAN SYARAT



PENGHANTARAN MELALUI BAS :


penghantaran ikan keseluruh semenanjung menggunakan bas dengan kos sekitar rm20-40 mengikut saiz,kuantiti dan lokasi  jangka masa yang diambil tertakluk kepada perjalana bas juga waktu bas bergerak.ini disebabkan ada kawasan yang jarang dilalui oleh bas dan kami terpaksa menunggu bas yang pergi ke kawasan anda. ikan yang akan dihantar melalui bas,hanya barangan akan dihantar menggunakan pos laju




SYARAT DAN WAKTU :

penghantaran barangan melalui pos akan di lakukan setiap hari bekerja,kecuali cuti umum!
Untuk kami melakukan penghantaran,bergantung pada waktu dan stok ikan@barangan yang ada didalam simpanan kami,biasanya kami mengambil masa selewat-lewatnya 1 hari (pada hari yang sama) hingga 3 hari (lusa) untuk membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan pos laju..kami akan memaklumkan terlebih dahulu untuk mengelak keraguan dan salah faham!
semua penghantaran akan dilakukan setelah kesemua transaksi selesai(bayaran penuh) dan nombor tracking akan diberikan pada waktu jam 8mlm setiap hari!

untuk semua barangan yang akan dihantar,kami akan memeriksa terlebih dahulu..demi menjamin,menjaga kualiti barangan dan service kami.



PENGHANTARAN KE SEBERANG LAUT :

pihak kami hanya membuat penghantaran ikan setiap hari isnin,selasa dan rabu sahaja!
Ini untuk mengelakan kelewatan ikan tiba ke tangan pembeli,ikan hanya boleh bertahan selama kira-kira 3hari didalam kotak penghantaran!
Ini dilakukan bagi mengelak risiko kelewatan dan kematian ikan!

penghantaran ikan menggunakan pos sabah/sarawak dengan kos sekitar rm70-100 mengikut saiz,kuantiti dan lokasi pembeli.
(perkhidmatan diatas sudah ditamatkan)

untuk penghantaran pos ke sabah,sarawak,brunei dan indonesia :
KAMI HANYA MEMBUAT PENGHANTARAN MENGIKUT PERMINTAAN SAHAJA,TIADA JAMINAN KESELAMATAN ATAU GANTI RUGI JIKA BERLAKU KEMATIAN,KEROSAKAN@KECATATAN IKAN KETIKA DALAM PERJALANAN KE TEMPAT ANDA!
(perkhidmatan diatas sudah ditamatkan)


CARA MEMBUAT BELIAN SECARA ONLINE:

- HUBUNGI KAMI MELALUI    WHATAPP/SMS/EMAIL/CALL 018-2085040
- TETAPKAN BARANGAN,JIKA ADA NOMBOR CODE    SILA LAMPIRKAN.
- DAPATKAN HARGA TERKINI DAN KOS  PENGHANTARAN.
- BUAT BAYARAN KE ACC BANK .
- LAMPIRKAN BUKTI PEMBAYARAN.
- BERIKAN NAMA,ALAMAT PENUH DAN BARANG YG  DIBELI.

-SETELAH SEMUA SELESAI PIHAK KAMI AKAN MEMBUAT PENGHANTARAN SELEWAT-LEWATNYA 3HARI DARI TARIKH PEMBAYARAN MENGIKUT KEPERLUAN DAN STOK DALAM SIMPANAN*
DAN AKAN DIMAKLUMKAN YERLEBIH DAHULU!





COD / PENGHANTARAN DALAM KAWASAN:

 penghantaran pada hari yang sama ke sekitar kajang  adalah percuma kecuali melibatkan barangan besar seperti akuarium!
-cheras,ampang,pandan indah,hulu langat,semenyeh,bangi,putrajaya,puchong,seremban,nilai,dan kawasan sekitar dengan kos yang akan diberitahu mengikut kuantiti pembelian dan lokasi anda!
waktu,kos dan lokasi akan ditetapkan setelah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
Bayaran boleh dilakukan ketika menerima ikan@barang dari pihak kami.


JAMINAN/SIJIL/CHIP

Tiada jaminan pada barangan elektronik kecuali terdapat jaminan dari pihak pembekal,setiap barangan eletronik akan kami periksa sebelum dipos!
Termasuk Untuk belian secara c.o.d.

Sijil untuk arowana tidak disertakan kerana pihak kami lebih mementingkan kualiti berbanding sijil..jika ikan cantik tiada sijil,masih tetap berkuliti.tetapi jika mempunyai sijil,ikan tidak cantik..tetap tiada harga!
Sijil akan dikeluarkan mengikut permintaan sahaja tambahan rm30 akan dikenakan.
Kecuali ikan yang telah kami masukan cip akan disertakan dengan sijil.

Cip akan disertakan dengan ikan-ikan tertentu sahaja dan hanya ikan bersaiz 7inch dan keatas sahaja boleh disuntik chip kedalam badan ikan!
Charge tambahan tidak akan dikenakan untuk chip atau sijil jika ikan didatangkan lengkap.
Charge hanya akan dikenakan jika terdapat permintaan memasukan chip pada ikan iaitu rm30 untuk 1chip.
Kami juga sedia ke rumah@lokasi anda untuk memasukan chip pada ikan anda walaupun bukan dibeli dari kami.
Chip rm30 + lokasi = ?...charge tambahan akan dikenakan mengikut lokasi anda.



PERTANYAAN/PENDAPAT :

EMAIL KAMI JIKA ADA SEBARANG KERAGUAN ATAU PENDAPAT,BAGI MEMANTAPKAN LAGI PERKHIDMATAN KAMI UNTUK PELANGGAN-PELANGGAN YANG DIHORMATI

- arowanaprima@gmail.com-